Monday, 22 April 2013

Sedihnya....Wajib Baca....

ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"

ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat di dalam hidup. Kita seharusnya tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa menghabiskannya dengan orang yang penting dalam hidup kita; orang yang dekat di hati kita. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.

Sesetengah perkara adalah lebih penting dari kerja...

Wednesday, 20 March 2013

Sangupkah anda mati dalah keadaan seperti ini? (9 Gambar)


Sangupkah anda mati dalah keadaan seperti ini? (9 Gambar)

















Sangupkah anda mati dalah keadaan seperti ini? (9 Gambar)


















Tertuduh suspek pengganas tidak dibenar ikat jamin:Lahad Datu

 TAWAU: Prosiding terhadap lapan suspek pengganas bermula di Mahkamah Tinggi Tawau pada jam 9.10 pagi tadi dengan pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bajau Filipina dan Suluk oleh jurubahasa mahkamah.

Prosiding berlangsung selama hampir sejam dengan kesemua tertuduh memakai jaket yang mana mereka turut dikawal ketat empat anggota polis di sebelah kiri dan kanan.
Masing-masing diiringi ke dalam kandang tertuduh untuk dibacakan pertuduhan.

Kesemua tertuduh tidak dibenarkan jaminan kerana pertuduhan ke atas mereka termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Hakim P Ravindran bahawa pihaknya akan memastikan supaya tertuduh diberi hak untuk diwakili peguam selaras dengan kehendak hak asasi manusia dan semangat kerjasama antara negara ASEAN.
--------------------------------------------------------------------------
GAMBAR: ANGGOTA polis mengawal ketat salah seorang dari lapan pengganas keluar dari Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini untuk dibawa ke Penjara Tawau di Air Panas. - Foto B.Harian


4 Komando Malaysia Cuba Bunuh Sultan Kiram


MANILA - Tentera Malaysia didakwa merancang untuk membunuh pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan para pengikutnya, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.

Seorang anak perempuan kepada Jamalul Kiram, Jacel Kiram berkata, seorang peguam, Mario Lozada telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Sunny Ng yang dipercayai sebagai pegawai tentera Malaysia berpangkat kolonel di restoran Genting Palace di kompleks kasino Resorts World, bandar Pasay pada Isnin lalu.

Menurutnya, pertemuan itu diatur oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bernama Kenneth Lee yang mempunyai kaitan dengan sebuah firma Malaysia, tempat Lozada bekerja sebagai penasihat undang-undang.

"Mereka membayangkan kepada Lozada bahawa kedatangan ke sini adalah untuk membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya (termasuk penasihat Jamalul Kiram, Pastor Boy Saycon)," dakwa Jacel pada satu sidang media di kediamannya di bandar Taguig.

Jacel berkata, Biro Siasatan Kebangsaan dan beberapa pegawai tentera Filipina memberi komitmen untuk menyiasat dakwaan untuk membunuh Jamalul Kiram.

"Malaysia berani untuk bertindak radikal kerana kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang pro-Malaysia," katanya.


Kelmarin, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani mendakwa Ng dan empat orang 'komando' telah tiba di negara ini.

Menurutnya, mereka mahu membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.

Idjirani turut mendakwa Ng mengupah tiga anggota Tentera Rakyat Baharu untuk melakukan misi tersebut.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.

Menurut akhbar dalam talian GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.

Selepas dimaklumkan oleh beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut sebenarnya palsu.

Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Sementara itu,Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin ketika dihubungi Kosmo! menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) menyifatkan tuduhan terbaharu itu sebagai mengarut.