Wednesday, 20 March 2013

Sangupkah anda mati dalah keadaan seperti ini? (9 Gambar)


Sangupkah anda mati dalah keadaan seperti ini? (9 Gambar)

















Sangupkah anda mati dalah keadaan seperti ini? (9 Gambar)


















Tertuduh suspek pengganas tidak dibenar ikat jamin:Lahad Datu

 TAWAU: Prosiding terhadap lapan suspek pengganas bermula di Mahkamah Tinggi Tawau pada jam 9.10 pagi tadi dengan pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bajau Filipina dan Suluk oleh jurubahasa mahkamah.

Prosiding berlangsung selama hampir sejam dengan kesemua tertuduh memakai jaket yang mana mereka turut dikawal ketat empat anggota polis di sebelah kiri dan kanan.
Masing-masing diiringi ke dalam kandang tertuduh untuk dibacakan pertuduhan.

Kesemua tertuduh tidak dibenarkan jaminan kerana pertuduhan ke atas mereka termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Hakim P Ravindran bahawa pihaknya akan memastikan supaya tertuduh diberi hak untuk diwakili peguam selaras dengan kehendak hak asasi manusia dan semangat kerjasama antara negara ASEAN.
--------------------------------------------------------------------------
GAMBAR: ANGGOTA polis mengawal ketat salah seorang dari lapan pengganas keluar dari Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini untuk dibawa ke Penjara Tawau di Air Panas. - Foto B.Harian


4 Komando Malaysia Cuba Bunuh Sultan Kiram


MANILA - Tentera Malaysia didakwa merancang untuk membunuh pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan para pengikutnya, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.

Seorang anak perempuan kepada Jamalul Kiram, Jacel Kiram berkata, seorang peguam, Mario Lozada telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Sunny Ng yang dipercayai sebagai pegawai tentera Malaysia berpangkat kolonel di restoran Genting Palace di kompleks kasino Resorts World, bandar Pasay pada Isnin lalu.

Menurutnya, pertemuan itu diatur oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bernama Kenneth Lee yang mempunyai kaitan dengan sebuah firma Malaysia, tempat Lozada bekerja sebagai penasihat undang-undang.

"Mereka membayangkan kepada Lozada bahawa kedatangan ke sini adalah untuk membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya (termasuk penasihat Jamalul Kiram, Pastor Boy Saycon)," dakwa Jacel pada satu sidang media di kediamannya di bandar Taguig.

Jacel berkata, Biro Siasatan Kebangsaan dan beberapa pegawai tentera Filipina memberi komitmen untuk menyiasat dakwaan untuk membunuh Jamalul Kiram.

"Malaysia berani untuk bertindak radikal kerana kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang pro-Malaysia," katanya.


Kelmarin, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani mendakwa Ng dan empat orang 'komando' telah tiba di negara ini.

Menurutnya, mereka mahu membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.

Idjirani turut mendakwa Ng mengupah tiga anggota Tentera Rakyat Baharu untuk melakukan misi tersebut.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.

Menurut akhbar dalam talian GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.

Selepas dimaklumkan oleh beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut sebenarnya palsu.

Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Sementara itu,Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin ketika dihubungi Kosmo! menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) menyifatkan tuduhan terbaharu itu sebagai mengarut.

Bayi 18 bulan maut helikopter prototaip terjunam ke kepala di Seremban

Bayi 18 bulan maut helikopter prototaip terjunam ke kepala di Seremban Serpihan rotor helikopter prototaip yang dipercayai terkena kepala seorang bayi berusia 18 bulan dan mengakibatkan dia maut dalam kejadian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, malam tadi. - Foto Hazreen Mohamad
SEREMBAN: Seorang bayi berusia 18 bulan maut apabila sebuah helikopter prototaip yang hilang kawalan terjunam dan terkena kepalanya dalam kejadian di kompleks belia dan sukan paroi di sini, malam tadi.

Kepala Lelaki Mangsa Pemujaan Ditemui



acp

KLUANG — Polis menemui satu kepala milik lelaki warga
emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang
kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata kepala lelaki
berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum
melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.
“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum
kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70
tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota
badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang,
di sini hari ini.
Abdul Majid berkata pemeriksaan mendapati lelaki itu merupakan seorang
gelandangan, pemabuk dan sering tidur di sebuah tokong di kawasan Sri Lalang
selepas isteri dan anaknya berpindah ke Johor Baharu.
Beliau berkata setakat ini, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Johor percaya lelaki itu dibunuh kira-kira lapan jam lepas berdasarkan
titisan darah yang ada di tempat kejadian.
Katanya senjata yang digunakan untuk membunuh lelaki itu belum ditemui dan
usaha sedang dibuat untuk mengesannya di sekitar kawasan itu.
Abdul Majid berkata pihaknya percaya lebih daripada tiga suspek sempat
mengadakan upacara pemujaan menggunakan kepala terbabit sebelum melarikan diri.
Sehubungan itu, beliau berkata polis sedang mengesan kesemua suspek yang
berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun itu dan empat kenderaan yang digunakan
mereka bagi melarikan diri.
“Apa yang penting, kejadian ini bermotifkan pemujaan dan bukannya perkauman
mahupun gangsterisme. Kami tidak mahu orang ramai membuat pelbagai spekulasi
mengenainya,” katanya.
Abdul Majid berkata kepala terbabit kini dihantar ke Hospital Enche’ Besar
Hajjah Khalsom di sini dan polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai
sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP
Ahmad Zamry Marinsah di talian 019-7266998 bagi membantu siasatan. — BERNAMA